Monday, December 19, 2011

Wahai Mahasiswa

Kepada mahasiswa,

Apa yang diperjuangkan?
Kebebasan mahasiswa katanya.
Apa faedah nya?
Mansuhlah AUKU
Untuk apa?
Dapat berpolitik?
Politik itu apa?
Permainan orang tua
Faedah politik bagi mahasiswa?
Beban yang teramat
Untuk apa?
Pening kepala

Kebangkitan mahasiswa katanya,
Mahasiswa itu siapa sebenarnya?
Pelajar-pelajar universiti
Adakah seseorang itu mewakili semua mahasiswa?
TIDAK
Segelintir kecil mahukan kebebasan yang kononnya diperjuangkan
Sebilangan hanya mengikut
Tetapi majoriti berdiam
Adakah diam tanda setuju atau tidak setuju?
Tiada siapa yang tahu
Jadi, tidak perlulah diperbesarkan.

Seorang buat kecoh, semua orang melenting
Seorang itu mahasiswa yang berjuang untuk kebebasan katanya
Adakah dia memahami apa yang diperjuangkan sebenarnya?
Dikatakan mahasiswa tidak bebas?
Mahasiswa mempunyai facebook, twitter, blog, tumblr, etc
Mahasiswa mempunyai akses kepada internet.
Jika tidak berpuas hati, bukan kutukan yang patut diberi
Tetapi komplain kepada yang sepatutnya terus dari laman web
Adakah itu tidak bebas namanya?

Kebebasan bagaimana lagi?
Saya seorang mahasiswi
Tidak terasa terkongkong mahupun tersepit dengan undang-undang yang ada
Hanya dengan satu perkara di dalam satu akta, permintaan adalah untuk memansuhkan keseluruhan akta
Adakah itu relevan dan patut?

Wahai mahasiswa
Sedarlah bahawa hari ini bukan perjuangan ini yang sepatutnya dilakukan
Pertahankan bangsa kita, itu lebih penting
Melayu ketinggalan jauh
Melayu terperosok jauh
Disemua demonstrasi kelihatan hanya orang Melayu
Walaupun ketuanya bukan Melayu dan kononnya demonstrasi akan disertai oleh semua pihak tetapi yang kelihatan hanya orang Melayu
Sedarlah bahawa kita ini sebagai robot-robot yang digunakan pada masa sebegini.
'Perjuangan' adalah tarikan semata-mata
Jadi, berhentilah.

Tidak guna berdemonstrasi di jalanan
Maki hamun
Menjerit
Gunakanlah masa yang digunakan di tepi jalan itu untuk memperbaiki diri sendiri
Gunakanlah masa itu untuk belajar
Gunakanlah masa itu untuk 'berjuang' dalam medium yang betul
Tidak perlu menjerit dan menghina
Tunjukkan yang kita ini setanding dengan orang lain.


No comments: